TV & Astro Njoy

Tahun ni aku secara tiba-tiba dah bosan dibelengu oleh internet/hp/computer. Hampir 90% masa aku dihabiskan dengan gadget2 ini. Masa kerja dengan computer/internet dan lepas balik kerja pun masih dengan computer/internet. Hanya waktu tidur sahaja aku bebas dari computer/internet/handphone. Dengan adanya gadget ni. Masa aku nak berseronok jadi terbatas.Sebab banyak bisnes boleh dilakukan dengan internet.

Pendek cerita. Aku pun survey TV 32’inci. Ada 2 brand

1. http://www.sharp.com.my/docs/ProductPageRedirection.jsp

LC32LE240MWH

2.http://www.senheng.com.my/led-tv/15505-philips-32led-tv-plp-32pfl1335.html

philips-32led-tv-plp-32pfl1335

Aku survey 2 brand TV ni dapat harga promosi dengan harga bawah RM700. Aku dah nak angkat TV ini. Tapi bila kawan aku bagitahu. TV LCD/LED tak sama dengan TV CRT. TV LCD memerlukan Astro terutama Astro Byond untuk mendapatkan kualiti Tv yang bagus. Kalau tidak, Siaran TV jadi tidak sharp, kabur dan bersalji. Bila kawan aku cakap macam ni terus semangat nak beli TV hilang. AKu nak beli TV tapi tanpa Astro. Aku tak berminat sebab terikat dengan monthly payment and harga yang tak consistent (asyik naik harga). Lagipun duduk menyewa. Tak sesuai.

Akhirnya, Aku pergi ke Cash Converters berdekatan dengan Festival City KL. Mula2 nak survey barangan secondhand sahaja tapi ternampak TV CRT 29 inchi. So aku balik  rumah dan mintak bantuan BF housemate aku tolong beli kan TV secondhand tu. Tup2 housemate aku and BF dia belikan aku TV Toshiba Power TV 24 inchi (RM299). Aduhai..tapi x pe la aku tengok condition TV tu ok (siap ada HDMI port). Tapi TV ini x ada warranty.

Bukan je TV…Betullah cakap kawan aku. Tanpa Astro satu siaran pun susah nak dapat (sekarang hanya mampu menonton TV1 sahaja). Minggu  lepas aku berkira2 nak ambil Astro Njoi. Ini pun baru tahu mengenai Astro Njoi melalui internet sahaja.  Hari Jumaat dapat call dari Astro customer service dan daftar untuk subscribe astro njoi ini. Dalam masa 30hari akan ada pemasangan (installation untuk Astro Njoi).

Leave a comment